01 edisi 3 oktober 2020 sama-sama kita amalkan gaya hidup aafiyat sama-sama kita amalkan gaya hidup aafiyat 02 edisi 3 oktober 2020 sambutan hari jantung sedunia 2020 di seluruh malaysia penulis : norul fitri hamdan editor buletin aafiyat world heart day 2020 atau sambutan hari jantung sedunia merupakan suatu program tahunan yang dilaksanakan oleh olive house dalam menyokong kempen world heart federation dalam memerangi penyakit cvd atau ‘cardiovaskular disease’ di malaysia. olive house mengulangi sejarah dengan melaksanakan kempen hari jantung sedunia kolaborasi bersama dengan yayasan jantung malaysia yang merupakan wakil rasmi malaysia berdaftar dengan world heart federation. berdasarkan laporan perangkaan sebab kematian, malaysia pada 2019, kematian disebabkan penyakit jantung iskemik meningkat 35.3 peratus berbanding 13,503 kematian pada 2017 dan kekal menjadi punca utama kematian rakyat negara ini. peningkatan kes pesakit jantung pada usia muda iaitu seawal 25 tahun juga sudah menjadi fenomena yang biasa di hospital dan klinik di seluruh malaysia. ditambah lagi laporan daripada world heart federation sentiasa mengingatkan bahawa pesakit jantung merupakan golongan berisiko tinggi yang perlu mengambil langkah berhati-hati semaksimum mungkin untuk mengelak jangkitan covid-19, kesemua faktor-faktor ini menyebabkan olive house terpanggil untuk terus komited memberi kesedaran dan cara pencegahan penyakit jantung di malaysia. kolaborasi strategik bersama olive house dan yayasan jantung malaysia program jualan amal yang merekodkan sumbangan sebanyak rm 30,000 kepada yayasan jantung malaysia pada tahun 2019 diteruskan pada tahun 2020 dimana sebahagian penjualan produk minyak zaitun extra virgin olivie plus dan olivie power up akan disalurkan kepada yayasan jantung malaysia. dengan sambutan yang menggalakkan pada tahun lepas, pelanggan dapat sama-sama membuat sumbangan melalui pembelian produk terlibat mulai 29 september sehingga 1 disember 2020. ustaz aidil azwal zainudin ketika ditemubual bersama wakil media selepas acara pelancaran hari jantung sedunia 2020 di rancangan selamat pagi malaysia. kolaborasi pada tahun 2020 diperluaskan dengan mengadakan dua aktiviti utama iaitu tajaan pesanan khidmat masyarakat yjm dan olive house di radio ikim.fm dan virtual run & ride world heart day. pelancaran program dilaksanakan di rancangan selamat pagi malaysia dan bual bicara khas hari jantung sedunia yang diadakan di radio ikim.fm. tajaan pesanan khidmat masyarakat bersama yayasan jantung malaysia diperkenalkan bagi memberi informasi kepada masyarakat secara amnya tentang bahaya dan simptom penyakit jantung dan cara pencegahan bagi mengelakkan serangan jantung melalui pemakanan dan gaya hidup sihat. penyampaian sumbangan bernilai rm 30,000 disampaikan oleh olive house kepada yayasan jantung malaysia yang turut disaksikan oleh timbalan menteri kesihatan malaysia pada tahun 2019. bersama barisan panel dan juruhebah bual bicara khas hari jantung sedunia di ikim.fm program virtual run ride whd diseluruh malaysia basikal lipat penarik sambutan whd di selatan liputan program daripada pantai timur sambutan hari jantung sedunia disambut dengan meriah di ketiga-tiga negeri di bawah selian country area manager east coast iaitu kelantan, terengganu dan pahang. sambutan dimulai dengan perlawanan amal futsal bersama global peace malaysia dan intact malaysia dimeriahkan bersama selebriti seperti ustaz hariri daud, ali kokom , da’i luqman, pu salman, imam muda megat, da’i hakim dan da’i anas. disusuli dengan program kecergasan fizikal & zumba dengan kerjasama jabatan bomba dan penyelamat negeri kelantan dan perbadanan pejabat menteri besar kelantan, program disambut meriah dihadiri peserta dan orang ramai. program fun walk dilaksanakan di kuantan, pahang dan terengganu dimana keseluruhan peserta direkodkan sebanyak 250 peserta. penulis: muhammad danial aidil cam east coast berbasikal merupakan satu acara yang semakin menarik perhatian masyarakat daripada pelbagai generasi muktahir ini. country area manager southern mengambil kesempatan untuk melaksanakan sambutan whd bersama 75 peserta yang juga terdiri daripada persatuan basikal lipat johor. kayuhan 30 kilometer berjaya dilaksanakan disekitar kawasan nusajaya dan puteri harbour. dengan jumlah keseluruhan seramai 165 orang, pelbagai aktiviti riadah turut dilaksanakan oleh peserta daripada cam southern secara persendirian seperti ‘fun walk’,’hiking’, dan ‘jogging’. penulis : khanafi mohd cam southern berzumba di headquarters aktiviti zumba telah dipilih oleh headquarters dalam memeriahkan program whd. dilaksanakan selepas pada waktu kerja, program zumba kardio ini dibahagikan kepada kumpulan lelaki dan perempuan dilaksanakan dalam tempoh satu jam. penulis : munawarah penolong editor buletin aafiyat